Si Comel Bermain :)

Thursday 22 November 2012

Seribu Burung Kertas




Sewaktu Boy dan Girl di awal alam percintaan, Boy melipat 1000
burung kertas buat Girl dan menggantungkannya di dalam bilik Girl.
Boy mengatakan, 1000 burung kertas itu menandakan 1000 ketulusan
hatinya.

Girl dan Boy berasakan setiap detik percintaan mereka begitu indah
sekali.

Tetapi entah kenapa, di suatu hari, Girl mulai menjauhi Boy. Girl
memutuskan untuk berkahwin dengan seorang lelaki kaya dan berhijrah
ke Perancis serta menetap di kota Paris tempat impiannnya selama ini.

Sewaktu Girl mahu memutuskan hubungannya dengan Boy, Girl
memberitahu Boy, “Kita harus melihat dunia ini dari sudut yang
matang. Perkahwinan bagi wanita adalah kehidupan kedua kalinya! Aku
harus memegang kesempatan ini dengan baik. Kamu terlalu miskin, aku
tidak sanggup membayangkan bagaimana kehidupan kita setelah
berkahwin !”

Setelah Girl pergi ke Perancis, Boy bekerja keras bagi membuktikan
dia juga boleh berjaya. Boy melakukan banyak kerja. Dia pernah
menjual buku, menjadi karyawan sementara dan berniaga kecil-kecilan.
Setiap pekerjaannya dilakukan dengan tekun dan hati yang cekal.

Selang beberapa tahun…
Berkat usahanya tanpa henti dan dorongan teman-teman, akhirnya Boy
berjaya memiliki sebuah syarikat berjaya. Dia sudah menjadi seorang
lelaki yang kaya, tetapi hatinya masih teringat-ingat pada Girl.
Boy masih tidak dapat melupakan gadis yang pernah bertapak di
hatinya.

Di suatu hari, waktu hujan turun, Boy dari keretanyanya melihat
sepasang suami isteri tua berjalan perlahan di hadapannya. Dia amat
mengenali mereka. Mereka adalah orang tua Girl !

Hati Boy berdetik. Dia ingin mereka lihat bahawa dia sekarang tidak
hanya mempunyai kereta sendiri, tetapi juga mempunyai sebuah villa
indah dan syarikat sendiri. Boy ingin mereka tahu bahawa dia bukan
seorang yang miskin lagi tetapi kini adalah seorang majikan kaya.
Boy memandu keretanya perlahan sambil mengikuti kedua orang tua
tersebut.

Hujan terus turun, tanpa henti, biarpun kedua org tua itu memakai
payung, tetapi badan mereka tetap basah kerana hujan.

Sewaktu mereka sampai ke destinasi, Boy tercengang melihat apa yang
ada di depan matanya. Ia adalah sebuah tanah perkuburan. Boy
mengikuti orang tua Girl. Mereka berdiri di hadapan sebuah kubur.
Boy melihat tulisan di atas batu nisan terpahat nama Girl yang
dirinduinya.

Di samping kuburnya yang kecil, tergantung burung-burung kertas yang
pernah dibuatkan Boy, dalam hujan burung-burung kertas itu kelihatan
begitu hidup.

Orang tua Girl memandang Boy lalu memberitahu, “Girl tidak pergi ke
Paris, Girl diserang barah. Girl telah pergi ke syurga. Girl ingin
Boy menjadi seorang yang berjaya dan mempunyai keluarga yang
harmoni. Maka Girl terpaksa berbohong kepada Boy dahulu. Girl ada
menyatakan yang dia sangat menyintai Boy, dia percaya kalau Boy
berusaha, pasti akan berjaya. Girl turut mengatakan, jika suatu hari
nanti Boy datang ke kuburnya, dia amat berharap supaya Boy
membawakan beberapa burung kertas buatnya lagi. “

Boy lalu berlutut, berlutut di depan kubur Girl, menangis semahu-
mahunya dengan begitu sedih sekali.

Hujan pada hari itu terasa tidak akan berhenti, membasahi sekujur
tubuh Boy. Boy teringat senyuman Girl yang begitu manis dan tulus.
Mengingati semua itu, hatinya mula menitiskan darah.

Sewaktu orang tua Girl melangkah pulang dari tanah perkuburan,
mereka melihat Boy sudah membukakan pintu keretanya untuk mereka.
Lagu sedih kedengaran dari dalam kereta tersebut.

“Hatiku tidak pernah menyesal,
Semuanya hanya untukmu 1000 burung kertas,
1000 ketulusan hatiku,
Berterbangan di dalam angin
Menginginkan bintang yang lebat bertebaran di langit,
Melewati sungai perak,
Apakah aku dapat bertemu denganmu kembali?
Aku tidak takut berapa pun jauhnya,
Hanya aku ingin sekarang terus berlari kepadamu
Masa lalu seperti asap, hilang dan tak kan kembali,
Menambah kerinduan di hatiku.
Bagaimanapun dicari,
Jodoh kehidupan ini pasti tidak akan berubah”.


❀Dah habis bace...?? Like jer kalau suka!❀

Saturday 20 October 2012

Siap,done,Approved.. o yeahh..


Selamat petang semua...Yeaa,,,dah xsampai seminggu je lagi kita bakal menyambut hari raya aidiladha... tersangat seronok sbb dapat raye kat kemaman pulak kali nie,setelah sekian lame xdapat beraya dgn kawan2 dan sanak saudara kat kmn... heee.. ape2 pun spnjg cuti ni,aku berharap sgt akan dapt result yg gempak untuk sem ini.. ahh,sbb aku dan cuba buat yg terbaik... dan utk berita gembira pulak finally projek aku dh approved.. yeahhh!! Setelah bertungkus lumus menyiapkan project itu,akhrnya aku lulus... alhamdullilah... syukur sgt....
dan satu lagi subjeck utk multimedia aku juga aku harap dapat A,sbb aku dh cuba create banner yg terbaik walaupun last idea nak tukar tajuk.. hihihi... ape2 pun aku org “pertama” hantar project multimedia aku sbb dah siap print banner walaupun bersusah payah nak cari tempat utk print banner,dan dapatkan kualiti yg elok utk print banner tu.......mahal pun xape lah,berbaloi utk aku sbb utuk bljar juga kan..... huhuhu...  ini lah banner yg aku create sendiri,agak simple.. tapi yg penting model kat dalam banner tu... hahahaha.... nak jugak ade muka aku.. heee....

trademark :"Unity among Diversity"



❀Dah habis bace...?? Like jer kalau suka!❀

Thursday 18 October 2012

Ikhlas dari hati



Hari ni saya hanya mampu lihat wall fb awak dan status2 yg awak publish kat fb,dan gambar.. Tiba2 terasa rindu,dan rindu saya kat awak bukan saya curang dgn sapa2 ,tapi saya sekadar xboleh untuk hilangkan rasa rindu ini... Biarlah saya simpan sorg2 perasaan ini sampai mati awak... sbb xsanggup nak tipu diri ini.. Awak ada segala-galanya... Untuk mana2 perempuan yg dapat memiliki awak dan jaga awak... semoga berbahagia...


❀Dah habis bace...?? Like jer kalau suka!❀

Monday 15 October 2012

kenangan 2008,,,

Semua kenangan belum tentu boleh kita luper macam tu jer...... Tapi kenangan nih,aku xakan pernah lupa sampai bila2......... The most thing that i will appreciate with my friends,, n they are among the best friend for me....


ni gambar aku masa tahun 2008.. tersangat sedih time ni,sbb aku kena PLKN kat beranang selangor.. nih time hujung mggu,smua family yg dekat dtg melawat,tapi aku.. macam biasa dapat duty dari jurulatih kem.. waktu ini pulak muka aku langsung xada keceriaan,sbb aku penat dan xcukup tido... ni usia aku 18tahun k...



Ni jugak adalah satu potret lukisan yg dilukis oleh seseorang bernama "Jackfon".... im just called him jack... dia sgt kreatif bagi aku dan aku minat kat dia sbb walaupun dia nih budak kristian tapi cara dia menghormati org perempuan amatlah buat aku terharu,, jadi sbg tanda kenangan die berkawan dgn aku dan satu kompeni iaitu kompeni charlie inilah hadiah dia,walaupun satu lukisan yg tertera name aku,cukup sebagai kenangan... tq dear..





Ini pulak kenangan paling manis mase kami di dalam kem.Time nih adalah mggu last antara kompeni dalam kem,dan kompeni aku menjuarai tempat pertama dalam semua acara sukaneka,berkawad,junggle trekking, dan macam2 lagi.. Ni piala kami sewaktu kami lepas sahaja berbaris untuk kawad penutup siri latihan PLKN kami.. Seronok sgt time nih dgn kawan,,hehehe... DAn inilah juga antara 7rakan sekepala aku dkt kem ini dan 1kompeni... best kawan dn jumpa dgn korang walaupun kita asal jauh dari sabah,ganu,slngor n sarawak... tapi kita dapat kenal hati budi dan susah senang bersama.... muahhh..


haaa!! ini jugak gambar time kami juara untuk persembahan minggu kenegaraan...wahhh!! tadi dah rembat piala,sekarang pulak rembat hamper besar nampak xkat sebelah kiri tuh... chewahh,semua muka gembira nih sebab menang... haa, korang memang pandai laa berlakon atas pentas... memg terbaik ah... Yg gambar aku kat tgh2 tu diapit oleh dayang2 syurga (putih),dan dayang2 hitam (syaitan,ha3) serta dua org si pinky yg bijak berpuitis... aku pulak?? watak jadik komunis pompuan yg kejam.. korrang jgn gelak ,betoll ni lah watak aku mase berlakon tuh bersama 4 lelaki lain.. kami kena tumbuk n belasah org atas pentas mase zaman komunis n kena lakonkan balik situasi tuh sebelum negara kita merdeka .. bukan senang nk berlakon atas pentas secara spontan dpn ramai org,tapi itulah aku... (sesuai ke muke aku jadi jahat?? hahaha).. sesuailah kot, kalo x,xkan lah menang kan tempat pertama!! dahsyat...... watak je jahat xpe,aku still macam skrg,,soft orgnyer.. hihihihi... so,kemenangan ini adalah satu-satunya hadiah kenangan aku paling  terindah... thanks friends,tnpa korang kiter xakan menang.... :)


hihihi,, ni pulak gambar kami satu dorm... ramaikan,ade cina,india... 1malaysia lah katekan... haa,gmbar aku tuh kat sebelah letchumee budak india tu.. so far, kami semua berbaju kuning sbb tema kompeni kami adalah kuning iaitu KEDAULATAN.. hebatkan.... ini lah juga member aku yg ramai tapi susah senang bersama... best dapat kenal dgn koranglahh........ ceri jerk gambar nih! almost heppy...........


 Ohh,chubby nyer muka aku.. tersangat hepi lorh time nih sbb name aku antara yg bertuah terpilih  dari 400 orang untuk ke istana budaya,kL n tgk satu persembahan dari artis.. tket free laa... 
hehehe.... nih gmbar aku mase kat luar IB,sbb kat dalam IB xdibenarkan bergambar sbb ade security.. jd,kami posing2 kat luar jer...... huhuhu



 dgn kapten kompeni aku.. aku jerk xde pangkat.. hahaha.... tapi diorang best,sporting....


dan juga mereka antara nama yg bertuah terpilih untuk ke IB.. suke korang ek dapat kuar dari kem... hehehehe


hehe.. ni pulak gambar time kami ke muzium PDRM,kl.. wahh... minggu nie,kem aku bawak pegi berjalan jer.... sape xsuke kan??? dari berkurung dalam kem jer.. hihihi


hehe.... posing kat kapal n senapang besar tuh.. senapang tentera ke ape?? aku pun xtahu la... huhuh



me.... haha.. driving kereta kebal.. korang ade??? hahaha


kat landasan keretapi pulak dah...... hihihihi




ni gambar waktu malam dinner kami utk sesi penutupan siri latihan kami.. tersangat sedih time tu sbb kami akan berpisah,dan mustahil untuk jumpa lagi rakan sebaya yg macam korang ni... malam tu tema kami adalah tema 60an utk dinner,tapi sygnyer baju xade.. so kami buat tema sendiri.. hehehe.. sori cikgu2 semua... aku pulak pakai kebaya jer,pink pulak tuh walau aku xsuka pink... last minit punyer baju la.... ini semua bestfriend aku yg paling rapat laa dlm dorm... hihihi

opppss!! semuanya tentang kenangan di plkn,sbb aku rase ini lah kenangan paling best....... even dari sekolah n bljr dkat kolej... inilah memori paling susah nk lupa... biler aku tgk gambar ni,semua stress aku hilang...... memang mule2 xsuka bila dpt pegi PLKn,tapi betul kata cikgu2 kat sana... pengalaman dan kenangan sekali jer dalam hidup yg akan kita ingat sampai hari tua.......

❀Dah habis bace...?? Like jer kalau suka!❀

Celoteh di pagi hari,,,,,


fake smile from me,,, its enough to show my burden,,

Pagi ini jugak banayk betul aku nak luahkan... cukup lah aku menulis di sini untuk mengurangkan bebanan aku..... Aku xmengharapkan sape2 pun untuk mendengar masalah aku, sbb xsemua masalah aku boleh aku ceritakan kat orang... Orang hanya mendengar,untuk mengerti dan mendalami masalah aku cukup susah.. kalau sekadar memberi nasihat aku faham... kemana lagi aku nak bercelotehh,kemana lagi aku nak berteman sedangkan aku cuba gembira dgn seseorang... tapi dia sentiasa sibuk.... walaupun hati ini sunyii,, mana lagi tempat untuk aku mengadu... sungguh aku sunyi,tapi pernahkah dia sedar???.. hmmm,, xkot............ aku terpinggir....... baik aku cari sesuatu yg boleh mengembirakan aku.. Aku berharap cuti kali ini aku boleh bergembira dan terhibur walau xsama macam disisi dia...........

❀Dah habis bace...?? Like jer kalau suka!❀

Cukupah,, aku dah penat



Morning,,, im feel not god today and very2 bad... macam mane aku nak gembira sedangkan otak aku fikir macam2... Aku paling sedih dan kesal biler ade orang cakap bukan2 tentang aku,dan first impression die dh cop aku nie perempuan macam ni,mcam tu dan sebagainya.. semuanya pasal buruk aku dikaitkan,walhal sampai tepi kain kita pun nk jage hal kita.. kenapa?? Xcukup ke nak jaga hal diri sendiri sampai nak fitnah orang! Kalau kenal aku lame dan pernah jadi kawan aku xper juga,aku xkisah la.. ni belum kenal ape lagi,just kenal aku dlm fb, dgr mulut orang cakap macam tu macam ni dah cakap diri tu kenala aku 100% la luar dan dalam... oh!!! Sori la dear mane2 yg terasa tuh kat luar,mukan cara macam tu lah nak cakap ko betol2 kenal aku nih jenis perempuan macam mana... not fair laa kalu aku cakap aku pun xkenal satu minah or mamat nih,tibe2 aku dah boleh mention die perangai macam ni n macam nih.....??? korang mesti xsuka kan dgr orang label korg perangai gini2.. padahal kenal pun xkan,kalau setakat ambik tahu hal aku dari mulut orang,,, xpayah duk rajin laa nak jga tepi kain orang.... xluak pun aku... Cuma control diri sket dari mengata orang n aku xpenah pun banding diri aku dgn sape2... nak jeles dgn orang lain??? Ohh,nak jeles sbb ape hah?? Aku bersyukur sbb semua aku mampu dan aku dah ade..... atau sbb ko fikir semua aku jahat ko dh betul2 kenal aku dah ko boleh  mention aku macam2.... pandai lah buat spekulasi tentang aku macam tuu..... Aku banyak menda nak fikir tentang diri aku,dan xade masa nk jg tepi kain orang... Mungkin jenis aku yg suka buat hal sendiri dan malas ambik tahu hal orang lah,ramai yg menyibuk tahu hal aku.... Jangan lah,, aku xsuka.. Kalo dh kemaruk sgt nak bergaduh dgn aku,aku xminat lah... Orang yg xmatang je suke gaduh2 ni dan suka fikir bukan2 dan mengarut... Aku xrugi pun. Tapi sekali lagi jaga tepi akin aku,bukan tepi kain ko je.. maruah ko pun aku cerita skali.... Ingat,aku pun sabar juga... sabar aku ada batasan... remember this!!!



❀Dah habis bace...?? Like jer kalau suka!❀

Sunday 14 October 2012

Untuk yg terakhir kalinya



Salam,,, dan selamat petang... warga blogger,, 【ツ】fuhh,dah lame xupdate disini.. xade ape nk cerita,, sbb aku mls taip.. bila aku nk je aku buat..aku cuba jugak untuk senyum walau hati gundah gulana,serba salah.>!! ahh,,penat ahh fikir.... Perlu ke tiap kali aku post kat sini,aku ckp pasal soal hati aku???!! Uhh,, dh laa ckp pasal cinta,tapi bila pasal tu jer,laju jer tgn aku nk tulis kat sini..... Hari nih dah masuk bulan Oktober! Ni kess bulan lepas keyh!... Aku bukan xpuas hati,tapi aku xtahu nak cakap macam mane kat ko nih,nak bagi faham... faham dgn cara aku,faham dengan keputusan aku,n TOLONG FAHAM SKET TENTANG SITUASI & STATUS Aku!!... aku memang jenis xsuka nak ulang banyak kali perkara yg sama,dan aku xsuka nak tolong ingatkan dan pesan menda yg sama dekat ORANG YG SAMA!!!.. cukup SEKALI aku cakap,aku tegur & dan aku ingatkan tolong jgn ganggu aku!........ Aku bukan sombong ke ape,,tpi cara kita untuk berkawan tu dah xsesuai.. ISTILAH kawan tu buat ramai pihak ragu2,,nak2 ko yg suka buat status jiwang dlm fb.. Nak perli aku pun agak2 ar,Cuma aku ni jenis bukan kaki kepoh.. Skali aku angin,hah.. jadik macam nilah.. 

Aku nih still nak jaga maruah ko lagi,@ ko nak aku report kat aweks ko.. Nak aku cakap macam mana lagi... nih dah masuk kali ke berapa aku bengang dgn ko,yee..... aku xakan bengang kalau ko xmalu utk ulang silap ko lagi dgn aku,dan tolonglahhhh  faham aku bukan milik ko lagi,,, kter just kawan jer k! HATI DAN PERASAAN CINTA aku dah XADE dengan ko....... Tolong lah jgn pakse aku lagi.... ko dah buang aku dulu tanpa sebab munasabah,ko tinggalkan aku macam sampah jer!!!! Sebab pompuan lain!..... aku punyer setiee nk mampos dgn ko,tapi ko langsung xnampak semua tu....!! tapi tu dulu,dah 5-6 tahun lepas..... dan ko bercinta balik xsampai 2bln pun Clash dgn aku,,,,, sedang aku???!!! Aku nih 2tahun baru aku jumpa org btl2 layak jd bf aku....ko amsih xnampak ke beza setia tuh,dah terang lagikan bersuluh kot..!! memang aku nak ko sedar,,Mase aku clash dgn aku,mmg sakit nyer hati ni,susahnya aku nk terima balik ko  wlpun sbgai kwn,sbb ape ko dh buat kat aku! Tapi,tuhan masih sayangkan aku.... DIA lembutkan hati aku dari berdendam dgn ko...... dan aku cube lari dari kg aku pilih utk stdy kat kL ni jauh dari kg utk aku cari ketenangan dan erti hdup sbnar dri kepompong hidup aku sendiri,dan aku cabar diri aku utk jadi lebih kuat dari dulu!!  Aku buktikan aku dah dpt smbung degree,dan lebih high level dari ko... bukan sbb kita putus,tapi aku tahu dulu ko pandang rendah kat aku masa aku masih stdy sampai form 6 jer..... Aku Cuma mampu bersabar je time tu,,, sbb jalan hidup aku bukan kat tangan kau...!!! pasal untuk bercinta lagi pun aku xkisah nk couple ke x,asalkan cita2 aku tercapai... 

Aku nak ko tgk aku berjaya,aku boleh buktikan ko xakan pandang aku sebelah mata lagiiii!!!....... yee,,semuanya sbb ko...... tapi bila aku fikir balik,sampai bila aku tandingi diri aku dgn ko...... pernah jugak kita gaduh,sbb ko terlalu taksub sgt untk hubungi aku... aku mls nk layan ko,sbb aku xnak orang cakap ko “jilat ludah ko sendiri”... sedgkan awek ko sendiri xsuka aku! Even aku xpernah gangu die,walau dia PERAMPAS HAK AKU dulu!...tapi tu dulu,skrg aku dah xkisah semua tu... tu pilihan ko kan,aku pun dah mendoakan kebahagiaan ko je,yg selebihnya terletak pada tgn ko untuk handle cara perhubungan korang macam mana..... Aku dh jadi kisah silam kau... Tolong lupakan jer..... tolonglah... dan baru2 ini,mengejutkan aku pada 29/9/2012 6.37pm sekeping msj msuk inbox aku.. ye,no.hp ko masih aku save..terkejut aku,knapa masih berharapkan aku..dan ajak aku menyambung semula perhubungan kita yg lalu dan baru sekarang ko nyatakan sebab mengapa ko putuskan hubungan dgn aku???!!.. selepas 6tahun lepas,,,selepas aku dh bahagia dgn org lain.... kenapa masih untuk kenang kembali perkara yg dh berkurun lepas... “Nasi dah jadi bubur”,,, perasaan aku pun dh hilang,,cukuplah derita aku... sakit aku dulu dah jadi luka dalam hati nih! Tinggal parut jer... lupakan jelah.. aku dah bahagia sekarang... dgn pilihan aku,dan saat aku sunyi ALLAH mendengar doa aku, dia temukan aku dgn orang lagi menghargai aku dan jaga aku sampai sekarang.... ALLAh itu maha adil... 

Yang baik akan dibalas baik,manakala sebaliknya.......... aku harap ko 
sedarlah,, semua pilihan ko aku xpernah halang,aku Cuma berharap kau sedar ALLAH dah tutup pintu hati aku untuk orang macam kau... peluang sekali jer,, aku pun xrasa aku bgus dan hebat..Cuma aku nak ko faham situasi kita dah xsama macam dulu... Kalau ko terbaca blog ini,mungkin terkasar bahasa dan beremosi marah,, aku mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki... tapi aku harap ini je post aku yg terakhir buat kau...aku dah penat dgn semua ini..... aku penat.... cukup lah sampai sini saja..........  sekian ,salam..   

❀Dah habis bace...?? Like jer kalau suka!❀

Tuesday 25 September 2012

Exam Week !!



Hari ni aku telah pun exam final untuk semester nie.. 
Tersangat rase susah walaupun aku stdy bagai nak rak...! Pening kepala ku,dan tiba2 blur... Mujur lah ade soalan kira2,boleh aku buat cpt2... Macam mane pun,aku dah buat yg terbaik hari ini... 
Esok pun ade exam lagi ... Semoga aku dapat jawab elok2 elok... Berharap sgt,,,  k lah,selamat malam... ;)


aku mohon subject :
Multimedia application system,
Expert Systems,
Advanced Database,
aku dapat jawab dgn baik..................
gudluck.................. muahahaha!!!

❀Dah habis bace...?? Like jer kalau suka!❀

Friday 21 September 2012

Lihatlah Aku Dengan Mata Hatimu



Hari ini apakah nasib atau takdir..?? tiapkali aku post kan disini,semuanya kisah sedih.... aku pun xtahu kenapa.. aku xsuka berkongsi dgn orang lain,sbb susah bg aku utk cerikan ape aku rase... smlm,kita begitu lagi.. kenapa??? Kenapa??? Aku miintak untuk disayangi sedikit jer,tapi dia berubah.. aku tahu,kdg2 permintaan aku xdpt kau tunaikan.. tapi bukan wang ringgit aku nk kan,aku Cuma perlukan perhatian dan kasih sayang.. memang aku kuat merajuk,tapi aku merajuk untuk dptkan perhatian,tu jer,,, aku tahu,kelebihan dan kekurangan dia.. sbb aku xpernah mintak lebih,byk kontra antara kita,sbb tu kita serasi.. kalau x,manekan 2 tahun kita mampu bertahan.. mmg angka 2 tahun tu agak lama 
pada aku,selama itu jugalah kita bersabar dalam ujian cinta jarak jauh ini......

 Aku xpernah pun terniat untuk mengecewakan siapa2,sbb aku pernah rase bagaimana dikecewakan oleh orang tersayang.... tapi itu dulu,aku mampu bangkit dari kekecewaan itu,dan kita berjumpa pun secara tiba2... aku xpernah berharap akn bertemu dgn org senasib aku.. apetah lagi untuk jatuh cinta lagi..tapi situasi kita sama... pernah dikecewakan oleh org lain,mmg perit... tapi,tolog lah lihat dgn mata hati... kekecewaan itu semua adalah satu dugaan utk kita bertemu dgn pengganti yg bakal utk setia dan membahagiakan hidup kita.. kalau dulu kta pernah rase sakit,rase terseksa... cuba buang rase kecewa itu jauh2.... jgn kau takut utk berdepan dgn situasi itu lagi..... 

Kdg2 aku faham ape yg kau nk sampaikan,aku faham... dan aku cukup mengerti,, Tapi,aku berusaha utk jadi yg terbaik,walaupun aku harap kau xpernah nampak selama ini... tapi aku harap kau sedar dgn mata hati kau,,dan rase ape aku rase..... Aku xpernah harap sesuatu perhubungan itu hanya untk bercinta dan suka semata2.. tapi biarlah berkekalan hingga akhir hayat... Tolong lah jangan diam... aku xdapat jwb soalan dia semalam,sbb aku sedih.. Tapi,aku harap kau tahu.. Aku sayang kau,,aku syg.. Aku syg lebih dari segalanya.. kalau ditakdirkan allah tarik cinta aku padamu suatu hari nanti,izinkan aku pergi jauh... agar aku xdapat lihat bayang2 mu lagi.. Biarlah namamu dan kenangan kita sahaja yg aku xakan pernah lupa.....sampai mati...love u more dear =(

❀Dah habis bace...?? Like jer kalau suka!❀

Dugaan


  bersyukur,dan masih mampu tersenyum..

Ari ni cuaca mendung jer..  Aku dah settle semua masalah aku kat kolej tadi,dan berharap lepas ni aku boleh fokuskan untuk exam for final aku.. Minggu depan dh aku exam,untuk semester ini... dan lepas ini aku akan cuti... dalam kesibukan untuk menghabiskan semester ini,dalam kesusahan dan kerumitan yg aku hadapi untuk mengharungi hari2 seterusnya , aku bersyukur.. 

rupanya ade lagi insan mampu menolong aku dalam kesusahan... mungkin Allah tu maha adil,dan lagi maha mendengar ape yg aku rasakan... Doa aku dimakbulkan,sepanjang aku belajar di kota raya yg sibuk ini,aku xpernah putus2 untuk berdoa agar dipermudahkan segala urusan aku ,dan menemui orang2 yg sanggup susah dan tolong aku disaat aku memerlukan.. 

ketika aku xkuat untuk berdepan dgn dugaan,,ketika aku hilang semangat untuk menghadapi semua ini,DIA temukan aku dgn orang2 yg baik untuk aku ,orang2 yg sayang aku, orang2 yg sanggup menghulurkan bantuan untuk aku bangkit semula.. aku sangat bersyukur,, alhamdullihah... 

hidup ini xsemuanya indah,kadangkala kerumitan dan kesukaran itu dtg tanpa kita sedar... dan waktu itu lah baru kita tahu betapa allah turunkan ujian buat kita... hanya yg terpilih sahaja,mampu bersabar dgn ujian NYA....kerana DIA hanya menguji orang2 yg DIA syg supaya lebih cekal dan tabah.....

❀Dah habis bace...?? Like jer kalau suka!❀

Sunday 16 September 2012

Dah beli baru tahu..........



Alamak,,bile tgk orang lain dah guna handafhone touch screen ape bagai... teringin la pulak nak,nak,dan nak jugakk ... (hehehe) > ^^, < !!!
Skrg bila dah dapat,à hah,ambik sebijik samsung galaxy.. mahal pulak tu.... pakai xberapa lame selepas itu........... xpuas hatii....... saya xpuas hati guna handphone touch screen.... adehh... sebabnya!

1-   Dulu2, nak taip msj xpayah pon tgk handphone sbb jari jemari ini dah tahu keypad ABC mane..... nak tgk dinding pun bolehhhhhhh.........
Tapi sekarang, nak taip satu huruf sambil tgk dinding jerr dah silap eja......   apalahhh.... Buat mata aku macam nie  (@_@) (à_à)... mengantukk...
2-   Xboleh nk guna ganas2 sgt handphone touch screen nih,nanti skrin dier cpt bercalar...... weekkk, manja nyer handphone ni.... (so,kena pastikan kuku xpanjang........)apelaaa......... (#_#)
3-   Boleh bukak fb,tapi xpuas hati..... hahahaha......... Nak guna lappy jugak,baru best.... Hah,besar gtu... boleh nampak semua!! Ngee.. J

Tapi,bersyukurlah daripada xde.... hehe... Yg penting,dah beli,dah guna.... so pakai jela dulu........ muahahaha.....

❀Dah habis bace...?? Like jer kalau suka!❀

Thursday 13 September 2012

Antara Harapan Dan angan2...........



Diselubungi dgn pelbagai harapan dan angan2 yg selama ini menjadi mimpi aku... kekeke... mimpi mase zaman budak2... adoii,skrg ni bila dh besar jadi takut dh nk berdepan dgn situasi mcm tu.. situasi masuk alam perkahwinan..!! mungkin aku akn menamatkan zaman bujang ku tahun 2014???..ohh,cepatnya...... aku takut,tapi gembira sbb org tersayang selalu sgt ckp pasal kawen..... 
dan semakin kerap cakap ckp pasal kawen sekarang, sbb aku dh nk hbs belajar xlame lagi...die lah lebih excited bercakap mengenai tajuk ini berbanding aku... aku bukan xsuka,sedikit gementar... adekah aku belum bersedia?? Sudah.. Cuma, aku perlu dapatkan kerja dan kumpul duit dulu.. maklumlah, bln 3 tahun depan aku dh habis belajar.... oh,cepatnya mase berlalu... cepatnyer... cepatnya aku membesar...... oh tersangat tidak percaya.... 
“Doakanlah yg terbaik untuk kami,jikalau itu jodoh kami.. semoga kami akan kekal bahagia hingga akhir hayat.... amin.”..
Zaman bujang akan tamat.................................................................... bersedia lah wahai diriku..... untuk menempuhi hidup bersama org baru nanti....... insyaallah...

❀Dah habis bace...?? Like jer kalau suka!❀

Apee pun Xboleh....



Alamakk.. Sakit tekak... suara hilang.. cepatt jerittttt..!!!
Erkkkk,xde suara jugak.... haisyhh,demam punya pasal lah nie.. apalah.... lau macam ni,aku jadi bisu lah 2 3 hari...... Agak2 suara serak2 basah nih nk buat ape.... hehehe... dah2, mentang2 xboleh nak cakap banyak, aku duk dera jari jemari aku kat blog nih pulak... okeyh!! Harap2 aku cepat sembuh... Nak tengok cter MARA CLARA lah pulak..... chaw deh.. hehehe

❀Dah habis bace...?? Like jer kalau suka!❀

Apasal Aku pulak.........................???!!!



Suasana waktu petang di rumah, kebiasaannya ku dgn lappy dan layan fb.. dan 2member yg laen tgh tengok tv.. tibe2 sorg housemate tanya aku.....................

W : Wa, sape erk masak nasi kat dapur xbasuh periuk sampai basi tu..(sambil menunding jari kat aku)

Aku : hah,masak nasi??.. xtahu pun... sape yg masak,aku xde masak pun.. (xpuas hati sbb, hanya mention name aku.. sdgkan sorg housemate dpn mata yg buat salah buat derk je sambil tgk tv....)

W : Sape ntah masak nasi sampai basi pastu xbasuh periukk...!! (dgn nada nk tuduh aku)

Aku : Issyyhhh,, xtahu lah.. bukan aku!! (sambil cakap KUAT2 berharap org yg bersalah dpn mate mengaku,,tapi buat xdgr je perbualan aku 2org yg macam gaduh... ok,mohon sabar lagi)( setahu aku,last aku masak pu mggu lps,tapi semua periuk dan kat aku kems kat dapur,dan mggu ni aku langsung xmasak ape2 kat dapur sbb aku demam.. n aku just beli jerk makanan..))

S :........................................... :) ( diam seribu bahasa)

W : ................................. (diam seribu bahase juga lepas dgr penjelasan aku)

Aku :.......................... (diam xpuas hatii, yg bersalah dpn mate!! Bongok betol,aku yg kena... Dh la mls kemas umah,buang sampah,kms dapur,basuh pinggan, ingt kita semua org gaji die ker......???!! Menyampah,, langsung xpandang muka.......... *_* benci!!

Tibe2 ....

S : Wa, aku test pakai bedak powder miyami tuh ok juga kan............???? (sambil menunggu pendapat aku,konon2 nk tukar topik perbualan)

Aku :....................................................( diam seribu bahase,n buat2 xdengar sbb dalam hati aku. Eh,dh buat salah nk ajak aku sembang pulak.. Suka lah ko erk,ko buat salah aku pulak yg kena.... benci! )

S : Wa ko dgr x????? (still xpuas hati bila dia tnye aku diam! )

Aku : Hmm................. (aku buat bodoh je,mlas nak layan)

Ikut hati aku nk kasi penumbuk jerk,dah buat salah bukan nak mintak maaf..... buat xtahu ade lah.. pastu xnak mengaku pulak....... mohon sabar jer hati ni.. ikut hati aku, macam2 dh aku cakap....... tapi orang bersalah kan,xakan senang nak duduk diam bila masing2 dah berdiam diri.......


Tibe2 si S buat2 rajin pergi buang smpah kkat dapur.... Nak buang pergi lah buang,xpayah tnya org.. Dah tahu kan turn masing2 utk buang sampah.... Nak tunjuk rajin konon.... Aku xheran..... Padahal sebelum ni,kitorng je yg selalu kemas umah, ko ade.???? Hmm, xde nyerlah..... malas jerk aku tgk........


Slpas beberapa jam..........................................

W : waa,, oh wa... jom makan nasi.............

Aku : Hmm,xnak lah xade selera........

W : (datang pujuk aku.............. )

Kami sembg2 dalam bilik dan msg2 dh mintak maaf,dan semua salah faham........ ok aku maafkan... sbb aku pun demam, W pun sakit... ok2, xpe.... Semua dah tahu,harap orang yg bersalah tu pandai2 lah lepas ni..... Jgn ingt ko bagus sgt, n suka tgk org xbersalah kena tuduh..... Dan buat salah xpandai nk mintak maaf,pastu diam jer.. Menyampah dg sikap orang yg macam ini.

Sekian ::

❀Dah habis bace...?? Like jer kalau suka!❀

Tuesday 21 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri Semua.. !!!


Assalamualaikum... 
selamat malam semua yg tersayang dan juga yg xsuka aku,tapi asyik bace blog aku tu!! Hak3... gurau jerk,kalau ade pun bace je lah.. aku xkisah,nak tahu pasal hidup aku.. hebatkah aku ni..?? hot kah aku ini..?? oh tidak..!! aku masih sedar diri dan xlupa asal usul aku dan seorang yg low profil.... hehehe... ß----- PERASAN.... wakaka..

Oke2,dah2 merepek tu... Eh,dah lame xupdate blog aku ni...... oh blog,lupa nak update.. sibuk la katekan,sibuk belajar ler... sem 5 dah nie... adehhh.. tahun depan dh jadik senior,yeahh!!.. eh,ari ni dah pun masuk 3 SYAWAL 1433H.. Hmm, sekejap jerk dah raye erk... Ape2 pun sebelum berakhirnya syawal ini,aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI , MAAF ZAHIR & BATIN buat keluarga tersayang,bakal tok laki tersayang (b aku), kawan2 sekalian especially bestfriend aku yg ramai kat kemaman,kawan kolej aku,kawan facebook, kawan group blog, kawan serumah sewa, dan cikgu2 dan lecturer yg mengajar aku selama ini serta yg mengenali diri ini..... maaf ye dari hujung rambut sampai hujung kaki..... kalau ade buat salah sengaja atau xsengaja tu,mohon lah diampunkan.... hehehe

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI !!!........... :)

Dari : wawa

❀Dah habis bace...?? Like jer kalau suka!❀

Friday 3 August 2012

Happy Anniversary !


Salam dan selamat malam ...Hari ini adalah hari paling bahagia untuk “kami”.. ehee.. sebelum masuknya tarik 4hb ogos 2012, aku berharap tinggal 1jam lagi nk post tentang sesuatu yg penting ini harap ianya amat bermakna untuk aku malam ni... Hari ini 03/08/2012 genaplah ulangtahun (in a relationship) kami berdua yg ke-2.. alhamdullilah... dah lame kita kenal.. susah,senang,gembira dan sedih kami kongsi bersama selama dua tahun ini.. Untuk si dia thanks sbb dapat pertahankan hubungan ini walaupun byk2 kenangan yg xdapat dilupakan dan dugaan yg kita harungi...
Ucapn dari si dia tersayang melalui msj>>>
-      “ b harap kita kekal dan bahagia :) ”
Thanks bucuk.. love u dear..
Aku juga mendoakan yg terbaik dalam hubungan ini...

❀Dah habis bace...?? Like jer kalau suka!❀

Wednesday 25 July 2012

Kenangan pada 4 Ramadhan...

hikmah bulan puasa itu untuk aku..
Salam dan selamat petang :) .. Hari nih dah masuk ari ke-5 kita berpuasa erk..???.. cepat mase berlalu... oh,memikirkan tema untuk hari raye nanti?? Huhuhu... xtahu lah nak warna ape..tapi pikir2 warna merah bersama si dia.. eheew... tema dgn family xtahu lagi.. hak3... oke2,semalam best tau dapat berbuka puasa dekat masjid......eheeww.... first time aku berbuka kat masjid (masjid area umah kat manjalara,kepong),sebelum nih berbuka kat umah jer... nie lah satu-satunya kenangan manis yg xdapat dilupakan...

Al-maklumlah, puasa kali nih kat perantauan lagi... nun jauh dari keluarga... semestinya suasana tuh amat lah berbeza.... Semalam,semua housemate aku berbuka kat masjid n solat terawih berjemaah sekali... kebetulan membe umah nie ade kereta,so senanglah kitorang ikut je reramai..... untungg!!! Dapat pahala........

Haa,suasana berbuka kat masjid tu memang rase lain jerk... Yang menampakkan golongan muda bertandang ke masjid nih,aku rase kami ber-5 jer,yg lain semua golongan tua.... huhuhu... patutlah banyak mate menyorot ke arah meja kami time berbuka tuh.... Alahai, yg aku rase puas hati berbuka kat masjid tuh sebab kitorang dijamukan dgn bufet... Menu semalam, bubur lambuk,kari daging,sayur goreng,ulam2 n sambal belacan,kuih buah melaka,samosa,kurma,n sampailah ke pencuci mulut,buah tembikai,epal,nangka... Air pulak,mereka sediakan air laici dan teh panas... Sangat mengenyangkan...... Lepas solat terawih,kitorang makan pulak mee goreng.. ehee,keje makan je.....

Ape2 pun,seronok sangat sebab berkesempatan juga untuk buat solat terawih puasa kali nih.. syukran!!!

❀Dah habis bace...?? Like jer kalau suka!❀

Counting Days :)

Daisypath Anniversary tickers