Si Comel Bermain :)

Sunday 18 December 2011

Sedarlah wahai manusia...

1.   Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda. 
2.   Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. 
3.   Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. 
4.   Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda. 
5.   Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur. 
6.   Anda amat bermakna dalam hidup seseorang. 
7.   Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia. 
8.   Anda seorang yang istimewa dan unik. 
9.   Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda. 
10.  Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya. 
11.  Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin 
anda yang meminggirkan mereka. 
12.  Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan 
sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi 
sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya. 
13.  Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, 
caci & cela. 
14.  Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya. 
15.  Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalahpesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.

❀Dah habis bace...?? Like jer kalau suka!❀

Wednesday 14 December 2011

Facebook for page like


Saat nih aku dah pening dengan laman2 sosial yang banyak sangat dah sekarang.... okey,senarai laman sosial aku yang aku ade dan sudah xterhandle sebab dah malas nak buke... ni dia
--à FRIENDSTER,FACEBOOK,TAGGED,TWITTER,BLOG,SKYPE,FORMSPRING,TUMBLR,
YAHOO,MYSPACE... n so on...... (lupe ye,ape lagi?? Huhuhu)
Dulu2 giler friendster... dh borink layan facebook pulak... aku nih ade
--à 3 FACEBOOk.. sebelum ini facebook aku yg first aku gune adalah “ LARA KUDA PUTIH”,tapi der aku kene deactivated facebook tu atas sebab tertentu .. n facebook no.2 aku yg privasi n terlalu privasi just org tertentu jerk boleh aku approved..name pun mestilah privasi,xboleh cakap kat cini..yg pasti user die adalah aku..hahahaha... n facebook yg aku selalu guna n facebook no.3 adalah nama “WA AQASHAH”...yg ni tentulah org kenal,n aku xsuke letak gmbar aku ---à sEBAb.. hehehe... nk jadi poyo jer nak letak gmbar ikut suke ati aku lah n nmpak UNIK di mata aku... selain tu,aku ade page like dalam facebook (kalo TERjumpa page like aku tuh,rajin2 lah like..hehehe)... dah lame aku create,cume aku jer belum edit ape2 lagi.... so,bile dh siap letak ape2 yang patut dlm page tu baru aku nak publish tentang [[[ PAGE LIKE ]]] aku tuu nanti........
Sekarang bila ade masa lapang,aku duk layan blog pulak.. MAKLUMLAh aku dah join lame untuk --à GROUP SAHABAT BLOGGER,dh macam2 info aku tahu.. tenQ tau...Huhuhu... ok,stop cini jer dulu....jari aku pun dah penat nak menari untuk post byk2 kat cini... ---à #BUBYE J TAKE CARE J # ß---

❀Dah habis bace...?? Like jer kalau suka!❀

14 signs of your soulmate



14. You argue and fight with them, but still can't get them out of your mind...
13. When you're on the phone with them late at night and they hang up but you miss them already when it was just five minutes ago...
12. You read their text over again...
11. You walk really slow when you're with them...
10.  You feel shy whenever you're with them...
9. When you think about them, your heart beats faster and faster...
8. You smile when you hear their voice...
7. When you look at them, you can't see the other people around you... all you see is him/her...
6. You start listening to slow songs, while thinking of them...
5. They become all you think about...
4. You get high just from their scent and closeness...
3. You realize that you're always smiling to yourself when you think about them...
2. You would do anything for them...
1. While reading this, there was one person on your mind the whole time....

❀Dah habis bace...?? Like jer kalau suka!❀

Tuesday 13 December 2011

Belajar kawal perasaan dari lelaki

1) Lelaki tidak pernah rasa simpati pada diri mereka sendiri. Kalau mereka putus cinta, tidak pernah terbawa-bawa dan bila bertemu kawan, bertanyakan teman wanitanya,dengan selamba mereka jawab ''Oh, aku dengan dia dah putus.'' Kemudian mereka berlalu minum teh tarik. Berlainan pula dengan gadis. Mereka lebih banyak yang menjawab, ''Tolong, jangan tanya pasal mamat tu lagi!'' 

2) Lelaki melihat masalah utama ialah kehidupan mereka. Bagaimana nak teruskan kehidupan, nak cari kerja dan sebagainya biarpun hubungan cinta sudah putus. Gadis lebih memikirkan 'hubungan percintaan' mereka yang terputus, kenapa mesti jadi begitu! 

3) Pada lelaki ada teman wanita, satu bonus. Gadis pula merasakan mesti ada teman lelaki, kalau tidak hidup tak lengkap. 

4) Tanpa teman wanita, lelaki memikirkan tentang kerjaya, sukan, keluar dengan teman dan mendengar muzik. 

5) Bila putus cinta, lelaki anggap gadis itu tidak sesuai untuknya dan dia tinggalkan gadis itu untuk cari gadis yang lain. 

6) Lelaki tidak suka membincangkan isu peribada kerana tidak suka merosakkan emosi, hingga ada ungkapan , 'lelaki tidak suka mendengar dan wanita tidak tahu baca peta.' 

7) Lelaki berani bersumpah yang mereka tidak kecewa ditinggalkan teman wanita, walhal mereka sebenarnya sedih dan terluka. 

8) Lelaki tidak menangis macam budak kecil kerana mereka tidak pernah bersimpati pada perasaan. 

9) Lelaki tidak menganggap putus cinta satu truma atau sejarah sebaliknya gadis merasakan ia truma dalam hidup mereka. 

❀Dah habis bace...?? Like jer kalau suka!❀

Perhatian!!!


Uhuk3..batuk pulak dah aku nie... haissyyhh.. eh3..lupa nak bagi salam dulu...assalamualaikum w.b.t kepada si blogger... BERTUNJAnGKAN tajuk aku hari ini adalah --à PERHATIAN ß--
Sebabnye!!!!.... OKEYH,ade beberapa sebab kukuh kat sini.... first J:- aku dah malas nak tulis pasal aku lagi kat blog ni... kalo aku nak tulis pun aku just nak sharing2 jer dgn orang,n xSEMUA bende aku nak cerita pasal aku kat cini..tulis pasal diri kiter jer,orang pun xboleh komen der,tibe2 jer pasal kiter sape yg nak bace sgt kan.... TAKUT & berjaga-jaga suatu ari nanti xpasal2 berlaku kes hacked lah,mane taw kan SEBAB kiter dh dedahkan identiti kiter..al-maklumlah zaman siber sekarang,MUDAH sgt nak
kene--à CEROBOH....(p/s: just nak ingatkan jer,supaya xmenyesal kemudian hari)..... second J :- mulai ari ni,aku dah kurangkan berbloging pasal life aku,kalo ade pun sikit2 lah n sampingan jer...aku dah masukkan beberapa tips untuk di share kepada peminat blogger agar ---àTAK JEMU ...hehehehe... third J :- blog aku nie simple jer,xpayah complicated sgt,mudah untuk aku handle n korang smua faham untuk bace,dah kire OK!!!!! (nk kutuk blog aku,aku xkisah der n xrugi pun,n lau ade blog cantik2 xde org tengok nak buat pe,simpan jelaa untuk tatapan sendiri..wakakaka) Hehehe..... xminat yang rumit2,boleh menyemak ---à KEPALA OTAK aku jerk...... Last J :- blog aku nih xde unsur2 mengutuk2,mencaci-caci,membandingkan dgn yg org lain,menayang gambar privacy yg xsepatutnya,dan sebagainya yg negative2 tu lahh... so on lah katekan......(melainkan sekali tu jer dlm hidup aku) n  just suka2 nak buat blog sebab jari aku rajin nak menari untuk post segala hal.......(p/s:bukan hal idup mati orang lain sebab aku xde mase lah).... ok.. FULLSTOP!!! here... J

❀Dah habis bace...?? Like jer kalau suka!❀

4 Serangkai

Salam untuk si blogger..
Hari nie aku nak buat kesimpulan tentang perkataan: J J
Problem+love+secret+die= --à for MEß--              
Yup!! Semua orang ade problem... tipulah kalo manusia hidup kat muka bumi nih xde problem... xnormal lah tu agaknye... tapi ade orang nak tahu ker problem kiter ape?? Ade orang sudi mendengar ke?? Kita mampu selesaikan problem kiter tu ker??huhuhu... semua tu atas bahu kiter lah.. makin besar kiter nih,makin byk ler problem...kalo SMALL problem,selesaikan lah cepat2..kalo dah jadi BIG problem tuh,korang xpandai nak handle,mintak2 lah pendapat orang2 terdekat yang rapat n lebih arif(berpengalaman)...okeyh!!!  So ---à KITER KENE BYK SABAR UNTUK HADAPI PROBLEM2 YANG AKAN DATANG,,,..

 Cerita pasal love pulak... L.O.V.E???.. ape tuuu.....??? hahaha... xfaham2.... xmo citer pasal love banyak2 kat cini,sebab menyemak jer.........kekeekeke...tapi xpayah ler aku nak explain pasal love2,loving2,cinta2 pulak...lorhhh..... -----à SEBABß------ semua orang dah tahu ape maksud love tu.. kalo xfaham jugak,ni step2 nak bagi faham tentang maksud love tu.. mule2 pastikan laptop korang ade internet,second korang taip www.google.com n third korang taip ler perkataan “love” @ cinta n then search laa berapa lame korang nak,n bace biar bagi faham owkeyh!!!..hehehehe....oppppppss!!!! ni bukan nak bagi tips pasal tu lah,hahaha.. continue2... aku nyer love story dah lame terkubur berbatu nisan dua dah kat dalam hati aku nie.... jadi love story akan datang n future aku adalah pada yg satu... iaitu-------à SETIA AKU ADALAH PADA KEKASIH YANG TERAKHIR SEBAGAI SUAMI YANG KEKAL ABADI........ hahaha...(xtahu masa akn datang,dan ALLAh dah catatkan jodoh utk kita di Luth mahfuz sejak azali lagi)...

Wahh... ni boleh bagi aku big meaning biler nak cerita tentang SECRET!!!! Korang ade secrets???.... mesti ade kan...kan?? kan?? Kan??hehehe... n bile ade rahsia tu,tentu orang pertama kiter akan cari adalah KAWAN!!! Sebab ape aku cakap kawan,SEBAB---à kawanlah lebih rapat dgn kiter,sebaya kita,kenal kiter(especially kawan rapat)... btol x???.... aku pun ade byk rahsia,dan aku jugak byk pegang rahsia kawan2 aku....... n sampai mati aku akn simpan rahsia diorang... dan aku juga ade 4orang kawan rapat dalam hidup aku yang pegang rahsia aku paling byk dlm hidup aku nih.. diorang adalah [[[ ainur,asma,ipah n jijah]]]... nie lah kawan aku sampai mati n kawan aku dunia akhirat!!!!...hohoho.....---à KAWAN SUKA-SUKA SENANG NAK CARI TEPI JALAN PUN BOLEH,TAPI KAWAN SUSAH & SENANG SUSAH NAK JUMPA...... aku sgt2 respect kawan2 aku ni der... terbaik wok!!!

Last sekali.... [[ DIE ]] ??? Ape tu... MATI laa.... bukan mati katak ke aper,,tapi nie mati dah masuk dunia lain... duniawi ni dah xjumpa dah..... --à YANG HIDUP XAKAN KEKAL SELAMANYA MELAINKAN IANYA BERDEPAN DENGAN MATI SUATU HARI NANTI ß--- ye,aku akan mati... tapi sebelum aku mati,aku nak menikmati hidup aku dulu..insyaallah,sekiranya ditakdirkan umur aku masih panjang....  dan aku bersyukur diberikan kesempatan ntuk hidup dan merasai nikmat dunia... Aminn.... 

❀Dah habis bace...?? Like jer kalau suka!❀

Sunday 11 December 2011

How to make a woman happy


It's not difficult to make a woman happy. A man only needs to be: 
1. a friend ,2. a companion ,3. a lover, 4. a brother, 5. a father, 6. am master, 7. a chef. 8. an electrician, 9. a carpenter,. 10. a plumber, 11. a mechanic,12. a decerator, 13. a stylist, 14. a sexologist, 15. a gynecologist, 16. a psychologist,17. a pest exterminator, 18. a psychiatrist, 19. a healer, 20. a good listener, 21. an organizer, 22. a good father,,23. very clean, 24. sympathetic,25. athelic,26. warm, 27. attentive. 28.gallant.29.intelligent,30. funny, 31. creative,. 32. tender,. 33. strong, 34. understanding,.35. tolerant,36. prudent,. 37. ambitious, 38. capable, 39. caurageous, 40.determined,41. true, 42.dependable,43. passionate,44.compasionate.
 
WITHOUT FORGETTING TO------>
45. give her compliments regularly. 
46. love shopping 
47. be honest 
48. be very rich 
49. not stress her out 
50. not look at other girls 

AND AT THE SAME TIME,YOU MUST ALSO---->
51. give her lot of attention,but expect little yourself
52. give her lot of time , especially time for helself
53. give her lot of spaces, never worrying about where she goes.
IT IS VERY IMPORTANT: 
54. Never to forget: 
* birthdays 
* anniversaries 
* arrangements she makes

❀Dah habis bace...?? Like jer kalau suka!❀

Saturday 10 December 2011

Pada hari menanti gerhana bulan.

Selamat hari ini..ahaks!!!.. ari nih adalah ari yg paling membosankan dlm hidup aku..wakakaka..
----à SEBAB ß-----
Aku xtahu nak buat ape kat umah
Tadi plan dgn membe nak kuar..tapi pikir2 ni hujung minggu kan,mesti ramai orang..lau naik KTM or LRT konfem macam ikan sardin ler coz ramai orang.. so xjdi ler aku nk melepak kat TS n MID tadi...
Skrunk aku kat umah just online..nak mesej macam xde mood jep tngok tefon aku..
Haa... aku lagi jeles tngok roomates aku gie enjoy kat PD.. diorang ajak aku,tapi aku ade keje la beb,lagipun aku dah pergi holiday kat PD pun..Jadi research for projek aku xsiap ag der.. xkan nak kuar jalan2 dulu,baru nak buat..konfem xsempat siap wei...
Nie laa keje aku skrunk,pasang lagu kuat2 n then makan n tgk tv....SEBAB keje aku dah siap buat semalam.... haisyyyhhhhhhh......potong stim betollah...!!!...
Nampaknyer..aku kene tunggu balik kampung jela..n then bercutiii......... J
Okeyh...sampai sini jer aku nk membebel...bla..bla..bla....
Tata.... J

❀Dah habis bace...?? Like jer kalau suka!❀

Wednesday 7 December 2011

Kasih Seorang Ayah Yang perlu Kita tahu

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

❀Dah habis bace...?? Like jer kalau suka!❀

Cinta Nisa

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri."Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat, itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.
Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik
bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi.

Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ..."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak.

Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania. Nisa
berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi.
Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung
anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa
mengandung. Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. . Nisa dah 2 bulan... Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa.

"Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka
berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa
pada Zakri .

"Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa

"Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi.

"Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kan Nisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang?" terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal, tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah.

"Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu"marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni" kutuk Zakri lagi pada Nisa.

"Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri.


"Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya ke dunia,"ucap
Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi.

Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa.
Kalau diminta jemput... macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa,
perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula... bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh... Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya.

Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding... Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi
ke sanauntuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan"kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton.

"Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti" desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa

"Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri.

"Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang saja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya."YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya
YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding
dan menangis. Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je.... " Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah cafe. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri.

"Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha, ha, ha" gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri.

"Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia" cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau... mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri.

"Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba.

"Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri,
sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.

Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri.
"Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ." panggilan kecemasan dari Doktor Johari

"Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari.
"Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..." ajak Zakri pada Lan.
"Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri.
"Alah jom ler cepat" desak Zakri.
"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang
serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri.

Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa.... baginya Nisa mengada-ngada.. saja buat sakit untuk minta
simpati... tetapi sebaliknya.....

Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di
operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan
tenang. Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm
really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata
Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari, Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan, kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering...membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. .

Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.

Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa..
Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti
kita baru kahwin... Abang panggil Nisa AYANG... terasa diri dimanja bila
Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu
seketika sahaja.

Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang... mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA. Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa.
Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka... Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang.
Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma
menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah
Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan
mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malang kerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging Nisa...tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama di samping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...
Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang.. Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata
orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa... Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.
Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua. Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa

"Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya... setiap perbuatannya... seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya... kejamnya aku... Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa.

Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam
pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka
Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri.

Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan.

Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya... meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan... YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH.... akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH, Zakri, Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak... kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa... 

❀Dah habis bace...?? Like jer kalau suka!❀

Rahsia tahi lalat yg korang perlu tahu


1. Tahi Lalat di kepala
·         Banyak fakir, bijak/kreatif dalam berfikir juga banyak pula berangan. Jauh perjalanannya (jasmani dan kerohaniannya). Banyak pula dugaan dan ujian yang diterimanya dalam mencapai sesuatu maksud dan cita-citanya.
2. Tahi lalat di ubun kepala
·         Kurang bersikap jujur dalam sesuatu perkara yang melibatkan emosi.
3. Tahi lalat di dahi
·         Ada halangan dalam siratulrahim. Orang (teman / saudara terdekat) yang melihatnya menyimpan rasa cemburu, irihati, tersembunyi rasa kebencian terhadapnya disebabkan dia ada kelebihan yang tersembunyi disebalik tahi lalatnya itu.
4. Tahi lalat di bulu kening kiri
·         Menjadikan dirinya ‘berseri’ dan menjadi daya tarikan mata pasangannya namun terselit keperitan di mana sering pula ia menemui kesusahan.
5. Tahi lalat di bulu kening kanan
·         Terkabul cita-cita dan maksudnya, cerdas dan cekap.
6. Tahi lalat di bawah mata
·         Seorang yang amat sensitif dan mudah tersentuh hati. Mudah menangis, baik budi, disayangi.
7. Tahi lalat di hidung
·         Mendatangkan penyakit resdung yang boleh menyebabkan selsema berpanjangan, sakit kepala, nafas berbau. Disukai ramai. Murah rezeki.
8. Tahi lalat di pipi kiri / kanan
·         Sekiranya membesar, ditakuti mendapat penyakit yang boleh memudaratkan tubuh. “Panas” dalam hubungan, dalam pergaulan. Dia sentiasa ingin ‘menang’ dalam percakapannya sekalipun pendapatnya salah. Mempunyai ego yang tinggi. Jadi daya tarikan tetapi ‘tegang’.
9. Tahi lalat di alur senyuman (smiling line)
·         Pemanis, daya tarikan menawan hati pasangannya. Rezekinya dipermudah dalam banyak perkara dia dapat apa yang dia hajati.
10. Tahi lalat di alur dagu
·         Perjalanan jasmani dan rohaninya sering terganggu, banyak halangan dalam mencapai hal-hal yang dihajatinya.
11. Tahi lalat di telinga
·         Seorang yang keras hati dan degil, tidak mahu dengar kata pendapat dan nasihat orang lain. Suka mendengar dan meminta nasihat tetapi sukar menerima.
12. Tahi lalat di tengkuk
·         Mudah mendapat gangguan ‘angin-jahat’, banyak halangan dalam hidup seperti masalah kesihatan, pergaulan dan kasih sayang. Fikiran sering kusut dan tidak tenteram, sukar tidor nyenyak. Mudah stress.
13. Tahi lalat di leher
·         Mudah mendapat jangkitan penyakit terutama kembong perut dan masalah lendir, kahak.
14. Tahi lalat di bahu kiri
·         Halangan rezeki, terhalang disebabkan sesuatu hal sedangkan peluang memperolehinya banyak. Tidak disukai ramai, dimusuhi ramai. Mudah didatangi angin-jahat. Mudah stress.
15. Tahi lalat di bahu kanan
·         Banyak tanggungan. Ada halangan dalam hubungan siratulrahim, kasih sayang dan pergaulan jadi terbatas. Di musuhi dan dicemburui hidupnya. Mendatangkan angin-jahat.
16. Tahi lalat di dada
·         Dia mudah mempercayai orang sedangkan pergaulannya, perniagaannya, kasih sayangnya mudah dia mendapat tipu daya dari orang-orang yang dikenalinya. Mereka sering mengambil kesempatan ke atas dirinya di atas kepentingan sendiri.
17. Tahi lalat di belakang badan
·         Kesihatannya terganggu terutama urat saraf, sakit di belikat, pinggang, pinggul, mudah dihinggapi angin-jahat. Banyak halangan hidup, fikiran sering kusut dan tidak tenteram. Mudah mendapat stress (tekanan).
18. Tahi lalat di bawah payudara
·         Hidupnya jadi penasaraan sekiranya mempunyai dua tahi lalat dibawah payudara iaitu di kiri dan kanan payudaranya. Hidupnya sering menjadi perhatian ramai.
19. Tahi lalat di atas pusat
·         Tidak membawa apa-apa maksud tertentu.
20. Tahi lalat di bawah perut
·         Sering mendapat masalah kesihatan, kembong, masalah usus, buasir, boleh mendatangkan lemah nafsu syahwat, kurang air mani, mudah mendapat gangguan angin-jahat. Mudah mendapat stress (tekanan).
21. Tahi lalat di peha kiri atau kanan.
·         Ada halangan dan sekatan dalam kasih sayang, jodoh, halangan rezeki.
22. Tahi lalat di betis
·         Samada tahi lalat berada di betis kiri mahupun di betis kanan, maksudnya adalah baik. Perjalanannya jauh, lagi jauh ia merantau lagi dipermudah dan diperbanyak rezekinya.
23. Tahi lalat di kaki
·         Menandakan seorang yang suka berjalan, bergaul dengan teman dan kawan. Sering resah tiap kali berada dirumah. Akan mencari pelbagai cara dan alasan untuk mencari hiburan mahupun peluang perniagaan diluar.
24. Tahi lalat di tangan kiri
·         Dipermudah rezekinya.
25. Tahi lalat di tangan kanan
·         Seorang yang pemurah (tidak kedekut) juga boros dalam berbelanja.
26. Tahi lalat di pinggang
·         Mudah mendapat sakit urat, sakit pinggang dan kembong perut.
27. Tahi lalat di alur garisan tengah tubuh
·         Mudah terkena sihir, orang sering dengki terhadapnya, sering mendapat musibah.
28. Tahi lalat atas bibir, di bibir
·         Seorang yang banyak cakap. Haruslah berhati-hati bila berkata-kata, ditakuti perkataan yang keluar ‘kasar’ hingga boleh mendatangkan ‘kesakitan’ pada yang mendengar. Tahi lalat di bibir, atas bibir baik bagi mereka yang pekerjaannya seperti peguam, pakar motivasi, guru.

❀Dah habis bace...?? Like jer kalau suka!❀

Counting Days :)

Daisypath Anniversary tickers