Si Comel Bermain :)

Wednesday 4 July 2012

Nasihat Emak vs Nasihat Bf...


Senario hari ini, ramai perempuan yang ada kekasih hati ataupun yang ada jejaka idaman lebih suka dengar nasihat kekasih hati mereka daripada mendengar nasihat ibu sendiri.Sedar tidak sedar umur sudah meningkat. Kehidupan yang selama ini ditanggung oleh ibu bapa makin dilupai.Hadir pula insan baru dalam hidup. Kekasih yang disayangi dan dicintai sepenuh hati.
Ketika itu mulalah lupa diri. Ibu bapa entah ke mana.
Sedangkan semasa kecil dahulu bagai menatang minyak yang penuh ibu bapa menjaga dan memelihara sehingga kita menginjak dewasa.
Oleh itu, mana yang patut kita utamakan selepas Allah dan Rasul?
Kekasih hati atau ibu bapa kita?

Situasi 1:
Mak: Minah, masakkan nasi goreng untuk mak. Mak lapar nak. Teringin benar makan masakan kamu.
Minah: Laa, Minah penat ni.
Mak: Hmm..Alahai anak aku.
****
Mamat: Sayang, abang laparlah. Tiba-tiba terasa nak rasa masakan sayang. Harini masaklah untuk abang, boleh?
Minah: Boleh B. Sekarang jugak ayang masak (dengan tersenyum).
Mamat: Sayang awak lebih (gaya miang).
Situasi 2:
Mak: Minah, janganlah keluar malam-malam. Tak elok. Anak dara keluar malam. Apa kata dek orang nanti. Nanti jadi apa-apa kat kamu, siapa yang susah, mak jugak.
Minah: Mak ni membebel je. Orang bukan pergi mana pun, nak jumpa mamat kejap je. Hish!
Mak: Alahai anak aku.
****
Mamat: Yang, abang hari ni duk jauh, ada kerja kat KL. Sayang kat kampung tu janganlah keluar malam-malam pulak. Waktu abang tak ada ni, jaga diri ye sayang.
Minah: Baiklah B, I ikut cakap you. Love you.
Situasi 3:
Mak: Minah, kenapa pakai baju ketat melekat ni? Malu mak tengok. Bahaya nak pakai macam ni, nanti orang lelaki gatal buat kacau.
Minah: Mak ni bising la. Orang taulah apa orang buat. Mak, orang dah masakla dengan perangai lelaki kat luar sana.
Mak: Alahai anak aku.
****
Mamat: Yang, you pakai jean and baju seksi ni cantik tau. Tergoda i tapi i harap you pakai macam ni depan i je boleh? Jangan pakai depan lelaki-lelaki lain, bahaya yang.
Minah: Ops, ye ke you tergoda? Hehehe. Ok B. I akan pakai depan you je. Mulai hari ni, I akan ubah penampilan I demi you.
Situasi 4:
Mak: Minah, Mak rasa kamu kahwin je la dengan si mamat tu cepat-cepat. Muak mak tengok keluar dengan jantan tanpa ikatan, melayan call dari jantan bukan mahram. Mak tak berkenan dengan gaya kamu nak.
Minah: Mak ni kan, suka sangat tak puas hati dengan gaya hidup orang. Tau la mak jeles!
Mak: Alahai anak aku.
****
Mamat: Yang, tak sabar pulak rasanya nak kahwin dengan sayang. Jom kita kahwin nak? (Ajak-ajak ayam)
Minah: Weeee..I pun tak sabar nak kahwin dengan you, esok jugak I sanggup kahwin dengan you.
Situasi 5:
Mak: Hari-hari mak tengok minah bersembang dan bermesej dengan Mamat. Cakap pulak romantik. Nak, kita bercakap dengan lelaki bukan mahram dalam telefon macam tu tak elok nak.
Minah: Mak ni kan, tolonglah faham. Jangan sibuk urusan orang boleh tak? Orang cintakan Mamat. Biarlah, tau la zaman mak dulu tak ada handphone!
Mak: Alahai anak mak.
****
Mamat: Betul la. Abang tak ada perempuan lain, sumpah abang tak tipu!
Minah: B tipu, I nampak you jalan dengan betina tu! Tipu!!!
Mamat: Dahla, kalau tak percaya sangat putus jelah hubungan! Tak payah call-call and mesej-mesej dah!
Minah: ??????
-The End-
Maka, di manakah keberkatan kita andai pesanan mak dan ayah tidak dituruti. Tetapi, pesanan kekasih hati terlalu diikutkan sangat, inilah pengakhirannya.
Oleh itu, kita fikirkanlah sendiri. Adakah kita mendambakan kehidupan yang bahagia atau merana?
Ingatlah, redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa. Bukan pada kekasih hati.

credit to : bloglamankongsi.com

❀Dah habis bace...?? Like jer kalau suka!❀

6 3810 Komen Terbaik yo!!!:

Ray_EyN said...

huhu , betul betul , kita skong entry awak nii :D

jom singgah dan follow blog ,
sambil join GA :)
http://mrs-akmareyna14.blogspot.com/

done following u , #138 :)

wa aQashah said...

thanks awak :)

Siti Aniza said...

kalau bf kau suruh buat benda tak senonoh.. nak buat tak?? oleh itu, dengar nasihat mak ayah lagi bagus sebab dia telah membesarkan kita sejak kita kecil.. okie..

wa aQashah said...

p/s : dengar nasihat orang tua@parents lagi bagus ye....

Masmira Masri said...

SETUJU...!!! ENTRY nih mmg menarik n terkena btg hidung i,..ahahaha

visit n follow mine ok
http://myaleo.blogspot.com/2012/07/bawal-bercorak-buatkan-anda-lebih-ceria.html

wa aQashah said...

hahaha... thanks masmira!!!...

Counting Days :)

Daisypath Anniversary tickers