Si Comel Bermain :)

Monday, 28 January 2013

Surprise yg tak diduga !!!



Yea.. Selamat pagi kawan2.. hari ni dah pun 28/1/2013.. kejap je nak hbs dah bulan 1.. hmm.. Tapi arini nk luah pasal hepi kat dalam hati nih..wakakaka... kelmarin dulu,aku dapat hadiah special for my besday daripada someone la.!! Cube teka sape bgi!! Big present from him.. hehee.. berbunga hati kembang setaman..wahahaha..  Xsangka pulak aku dapat hadiah besday kali nih..sebenanrnya dah besarkan malu juga dapat2 hadiah ni.. tapi ade orang nak bagi,ambik jela..bukan org lain pun.. hehehe...Haa,ni lah hadiah aku dapat.. First2 tgk kotak besar pun dah hepi,comel pulak kotak tu.... =)

Besar sangat kotak hadiah ni!! cbe teka ape kat dalam.. hehe  



 Hati pun xsabar2 nak buka kotak tu... Org yg bagi hadiah nie pun suruh buka cepat2,aku lagi lah xsabar.. hekk !
Tadaaa!!!,,,,
|
|
|
|
V
Alololo..tomeiiii !! =)
chakk!!! hehe..
hehe.. first time tgk bear pakai topi,n comel warna krim oren2 pink..   
 
Thankss!! eh2,ade lagi hadiah.. first2 buka hadiah dlm kotak n then dapat nie pulak... Limited edition gtu....
 Tadaaa!!!,,,,
|
|
|
V
Haa!! ni wakil dari angkatan tentera malaysia bagi.. hik3.. towel ATM wooo!! 


dapat jersey chelsea pulak !!
Haa,yg speciallnya.. adee....,,
|
|
|
V
My name here !! =)
hehe... terharu !!
Sangat terharu mydear yg bagi hadiah ni semua.. Tq dear.. ILY 3000x..hehe.. Dan banyak jugak wish besday,n org first wish adalah mydear jugak... thanks bg ni semua n bawak g dating,mkn aiskrim,cuci mata,lawak bersama... Appreciate u more.. =)


❀Dah habis bace...?? Like jer kalau suka!❀

Monday, 21 January 2013

I'ts My birthday =)



Selamat petang semua.. hari ini 21/1/13 adalah birthday aku..hehe.. Sedikit sbyk buat aku gembira dan wish2 birthday dari org tersayang dan member2 rapat yg xpernah lupakan aku..Semoga dgn bertambahnya angka umur aku tahun ini,dapat menjadikan aku seorang yg lebih matang dan berjaya dalam hidup.. hee.. dan,dalam ramai2 wish birthday kekawan aku..yg paling lucu adalah aku masih diketegorikan sbg kanak2 ribena lagi..hik3.. maknanya perangai kanak2 tu ade lagi walaupun dh 23thun.. ala,cptnyer 23.. xpuas lagi nak enjoy2..hehe.. 
Ape2 pun thanks utk kawan2 semua yg still ingat besday aku walaupun sibuk dgn kehidupan msg2.. kpd yg aku tersgt mgharapkan 2 3 orang yg penting wish kat aku,aku tunggu dari mlm tadi..tapi sygnyee..mungkin dia lupa... xapela,aku kan “KAWAN” jee.. xpenting pun kan.. Jangan ambik hati ye haswa,ramai lagi org sygkan awak !!.. hrmm.. Kali ni,besday aku celebrate lwt cket dlm 2 3 ari sbb tgu mydear balik..hehe..nanti kitorg sambut sama2.. thanks dear =) btw,xade mood nk bke fb... luah kat cini jelaa.. Besday kali ni mmg best,ade ramai yg take care..kikiki..bye3

❀Dah habis bace...?? Like jer kalau suka!❀

Friday, 18 January 2013

Persahabatan sejati (BFF).




Ketika seorang sahabat sejati bertanya kepada sahabatnya, “apakah aku pernah melakukan salah padamu?“.
Sahabatnya akan menjawab, “ya, tapi aku sudah melupakan kesalahanmu“.

Ketika seorang sahabat sejati berbalik bertanya kepada sahabatnya, “apakah aku pernah bersalah padamu?“.
Sahabatnya akan menjawab, “ya, tapi aku sudah lupa akan hal itu“.

Ketika seorang bertanya, “Apa yang telah kau lakukan untuk sahabatmu?“
Seorang sahabat akan menjawab, “Aku tidak tahu.” sebab seorang sahabat tidak pernah meminta imbalan dari apa yang telah di perbuatnya dengan tulus.

Ketika seorang sahabat sejati memarahi sahabatnya, dan sahabatnya bertanya, “mengapa kamu memarahiku?“
Sahabatnya akan menjawab, “demi kebaikanmu“.

Ketika seseorang bertanya, “apakah alasanmu menjadi sahabatnya?“
Ia akan menjawab, “tidak tahu“. Sebab sahabat yang sejati tidak pernah memanfaatkan, tidak pernah memandang kelemahan dan kelebihan.

Ketika kau jatuh, ia akan berusaha menopangkan tangannya supaya kau tidak tergeletak.
Ketika kau bersuka, ia akan berada disisimu dan turut merasakan kebahagiaanmu.
Ketika kau berduka, ia akan berada disampingmu, meskipun ia tidak tahu bagaimana cara menghiburmu. Tetap mendengarkanmu, mendengarkan setiap kata yang keluar dari mulutmu, meskipun kau hanya mengaduh dan meskipun ia tidak tahu bagaimana solusi masalahmu.
Ketika kau mengatakan cita – citamu, ia akan mendukung dan berdoa untukmu.
Ketika ia bersuka, kau juga akan bersuka karenanya.
Ketika ia berduka, kau yang ada di sampingnya.

Sahabat adalah memberi tanpa ada maksud di belakangnya, bukan hanya menerima.
Sahabat tidak pernah membungkus racun dengan permen manis.

Persahabatan tidak diukur oleh berapa lamanya waktu, tetapi berapa besar arti ‘persahabatan’ itu sendiri.
Persahabatan tidak diukur oleh materi, tetapi berapa besar pengorbanan.
Persahabatan tidak diukur dari kesuksesan yang di peroleh, tetapi dari berapa besar dukungan yang di berikan.

Ia dapat menyayangimu, bahkan lebih dari dirinya sendiri.

Persahabatan tidak pernah mulus. Tetapi yang membuat indah adalah ketika mereka berhasil menjalaninya bersama, meskipun harus melalui pertumpahan air mata.

Hal yang paling membuat sahabatmu sedih adalah ketika kamu, sebagai seorang sahabat, membohonginya dengan alasan apapun. Sebab ia sangat percaya padamu.

Hanya satu yang sahabatmu minta kepadamu : supaya ia menjadi bagian hidupmu.

❀Dah habis bace...?? Like jer kalau suka!❀

Thursday, 17 January 2013

Perjalanan Hidup..



 
Assalamualaikum .
 Terjah sebentar di sini,,setelah sekian lama aku xupdate blog.. Terlalu sibuk,terlalu penat dan terlalu byk perkara yg berlaku pada aku sebelum ini... Cukuplah tahun 2012 pergi,meninggalkan 1001 suka dan duka... banyak kenangan pahit dan manis terukir di minda... 
Alhamdullilah,syukur juga kita telah pun masuk ke tahun baru 2013,dan hari ini dah pun 17/01/2013 (khamis).. Xterfikir pun dihati untuk singgah di blog ini,dan meluahkan segala isi hati..tapi sekadar tatapan sekalian... 
kisah tntg perjalanan hidup aku di KL ,persahabatan,kekeluargaan,percintaan dan kamus hidupku akan tercatat di sini... Bukan utk menagih simpati,tapi sekadar perkongsian antara teman2 yg sudi mendengar...   
malam ini adalah sedikit permulaan cerita,sbb malam ini aku belum bersedia utk luahkan ape yg aku rasa... sbb hati aku masih berat utk berkongsi dan sedih dgn beberapa memori yg masih xbleh aku lupakan.... malam ini,aku ade di kemaman.. berehat di kampung seketika,, mencari ketenangan..welcome kampung halaman.... esok jumpa lagi di sini...
selamat malam dear...

❀Dah habis bace...?? Like jer kalau suka!❀

Thursday, 22 November 2012

Seribu Burung Kertas




Sewaktu Boy dan Girl di awal alam percintaan, Boy melipat 1000
burung kertas buat Girl dan menggantungkannya di dalam bilik Girl.
Boy mengatakan, 1000 burung kertas itu menandakan 1000 ketulusan
hatinya.

Girl dan Boy berasakan setiap detik percintaan mereka begitu indah
sekali.

Tetapi entah kenapa, di suatu hari, Girl mulai menjauhi Boy. Girl
memutuskan untuk berkahwin dengan seorang lelaki kaya dan berhijrah
ke Perancis serta menetap di kota Paris tempat impiannnya selama ini.

Sewaktu Girl mahu memutuskan hubungannya dengan Boy, Girl
memberitahu Boy, “Kita harus melihat dunia ini dari sudut yang
matang. Perkahwinan bagi wanita adalah kehidupan kedua kalinya! Aku
harus memegang kesempatan ini dengan baik. Kamu terlalu miskin, aku
tidak sanggup membayangkan bagaimana kehidupan kita setelah
berkahwin !”

Setelah Girl pergi ke Perancis, Boy bekerja keras bagi membuktikan
dia juga boleh berjaya. Boy melakukan banyak kerja. Dia pernah
menjual buku, menjadi karyawan sementara dan berniaga kecil-kecilan.
Setiap pekerjaannya dilakukan dengan tekun dan hati yang cekal.

Selang beberapa tahun…
Berkat usahanya tanpa henti dan dorongan teman-teman, akhirnya Boy
berjaya memiliki sebuah syarikat berjaya. Dia sudah menjadi seorang
lelaki yang kaya, tetapi hatinya masih teringat-ingat pada Girl.
Boy masih tidak dapat melupakan gadis yang pernah bertapak di
hatinya.

Di suatu hari, waktu hujan turun, Boy dari keretanyanya melihat
sepasang suami isteri tua berjalan perlahan di hadapannya. Dia amat
mengenali mereka. Mereka adalah orang tua Girl !

Hati Boy berdetik. Dia ingin mereka lihat bahawa dia sekarang tidak
hanya mempunyai kereta sendiri, tetapi juga mempunyai sebuah villa
indah dan syarikat sendiri. Boy ingin mereka tahu bahawa dia bukan
seorang yang miskin lagi tetapi kini adalah seorang majikan kaya.
Boy memandu keretanya perlahan sambil mengikuti kedua orang tua
tersebut.

Hujan terus turun, tanpa henti, biarpun kedua org tua itu memakai
payung, tetapi badan mereka tetap basah kerana hujan.

Sewaktu mereka sampai ke destinasi, Boy tercengang melihat apa yang
ada di depan matanya. Ia adalah sebuah tanah perkuburan. Boy
mengikuti orang tua Girl. Mereka berdiri di hadapan sebuah kubur.
Boy melihat tulisan di atas batu nisan terpahat nama Girl yang
dirinduinya.

Di samping kuburnya yang kecil, tergantung burung-burung kertas yang
pernah dibuatkan Boy, dalam hujan burung-burung kertas itu kelihatan
begitu hidup.

Orang tua Girl memandang Boy lalu memberitahu, “Girl tidak pergi ke
Paris, Girl diserang barah. Girl telah pergi ke syurga. Girl ingin
Boy menjadi seorang yang berjaya dan mempunyai keluarga yang
harmoni. Maka Girl terpaksa berbohong kepada Boy dahulu. Girl ada
menyatakan yang dia sangat menyintai Boy, dia percaya kalau Boy
berusaha, pasti akan berjaya. Girl turut mengatakan, jika suatu hari
nanti Boy datang ke kuburnya, dia amat berharap supaya Boy
membawakan beberapa burung kertas buatnya lagi. “

Boy lalu berlutut, berlutut di depan kubur Girl, menangis semahu-
mahunya dengan begitu sedih sekali.

Hujan pada hari itu terasa tidak akan berhenti, membasahi sekujur
tubuh Boy. Boy teringat senyuman Girl yang begitu manis dan tulus.
Mengingati semua itu, hatinya mula menitiskan darah.

Sewaktu orang tua Girl melangkah pulang dari tanah perkuburan,
mereka melihat Boy sudah membukakan pintu keretanya untuk mereka.
Lagu sedih kedengaran dari dalam kereta tersebut.

“Hatiku tidak pernah menyesal,
Semuanya hanya untukmu 1000 burung kertas,
1000 ketulusan hatiku,
Berterbangan di dalam angin
Menginginkan bintang yang lebat bertebaran di langit,
Melewati sungai perak,
Apakah aku dapat bertemu denganmu kembali?
Aku tidak takut berapa pun jauhnya,
Hanya aku ingin sekarang terus berlari kepadamu
Masa lalu seperti asap, hilang dan tak kan kembali,
Menambah kerinduan di hatiku.
Bagaimanapun dicari,
Jodoh kehidupan ini pasti tidak akan berubah”.


❀Dah habis bace...?? Like jer kalau suka!❀

Counting Days :)

Daisypath Anniversary tickers